Tuesday, 29 November 2011

Kajian Tempatan ( Kemudahan dan Perkhidmatan Awam)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran           :          Kajian  Tempatan

Tahun                          :           4 Hijau

Bilangan murid            :          36/36

Masa                           :           9:30 a.m – 10:00 a.m

Topik                           :           Identiti setempat

Subtopik                      :           Kemudahan dan Perkhidmatan Awam
                                                                                                        i.            Perhubugan
                                                                                                      ii.            Pendidikan
                                                                                                     iii.            Keselamatan
                                                                                                     iv.            Kesihatan
                                                                                                      v.            Beribadat

Hasil Pembelajaran     :           Pada akhir pembelajaran, murid dapat

a.      Menyatakan fungsi kemudahan dan perkhidmatan awam.

b.      Menyenaraikan jenis kemudahan dan perkhidmatan awam di tempat tinggal murid.

Pengetahuan 
sedia ada                      :           Murid pernah menggunakan kemudahan awam.

Penerapan nilai            :           Bersyukur, berbangga, kebersihan

Unsur Patriotisme        :           Bersyukur dengan kemudahan dan perkhidmatan awam   
                                                   yang disediakan di kawasan setempat.

Pedagogi                       :           Kecerdasan pelbagai
                                                   Kemahiran berfikir
                                                   Kolaboratif

KBKK                          :           Menganalisis
                                                  Merumus
                                                  Mengkotegori

Sumber P&P                 :          1. Kad arahan
                                                  2. Carta
                                                  3. Ceraian gambar
                                                  4. Kadbod
                                                  5. Lembaran kerja





Langkah/ Masa



Isi Pelajaran


Aktiviti P&P


Catatan



Set Induksi
( 5 minit )


Pengenalan kepada topik pelajaran.














1. Seorang murid diminta
tampil ke depan melakonkan watak seorang posmen menghantar surat.

2. Murid lain diminta meneka jenis perkhidmatan yang dilakonkan di hadapan.
Jawapan : Posmen
(Perhidmatan perhubungan)



BBM:
Kad arahan

KBKK:
Mengkotegori

Pedagogi:
Kecerdasan pelbagai,
Kemahiran berfikir



Langkah 1
(10 minit )


Pengenalan tentang kemudahan dan jenis perkhidmatan.

Jenis-jenis kemudahan dan jenis perkhidmatan.

Contoh-contoh kemudahan dan jenis perkhidmatan.















1. Murid ditunjukkan carta jenis-jenis perkhidmatan awam berserta contoh satu demi satu.

2. Murid diminta mengenalpasti jenis perkhidmatan dan kemudahan yang terdapat di kawasan tempat tinggal mereka.




BBM:
Carta

Unsur Patriotisme:
Bersyukur dan berbangga dengan kemudahan yang ada.

Nilai murni :
Bersyukur

KBKK        :
Menganalisis
Mengkotegori

Pedagogi :
Kecerdasan pelbagai



Langkah 2
(5 minit )


Mengenalpasti  jenis perkhidmatan dan kemudahan berdasarkan gambar.


1. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan (6 orang setiap kumpulan)

2. Setiap kumpulan diminta mencantum gambar yang diberi. (Setiap kumpulan mendapat gambar yang berbeza)

3. Setiap kumpulan perlu mengenalpasti jenis perkhidmatan berdasarkan gambar.

BBM:
Ceraian gambar
Kadbod

Nilai murni :
Bekerjasama

KBKK:
Menyusun atur

Pedagogi :
Kecerdasan pelbagai,
Kemahiran berfikir,
Kolaboratif



Langkah 3
(5 minit )


Pengukuhan pelajaran


1. Murid diedarkan lembaran kerja.

2. Murid perlu mengisi jawapan secara individu.




BBM:
Lembarab kerja

KBKK:
Mengkotegori

Pedagogi :
Kemahiran berfikir



Penutup
(5 minit )



Rumusan pelajaran


1.Murid bersama guru membuat rumasan bagi topik pelajaran hari ini.



KBKK:
Merumus


Lembaran kerja:

Nyatakan lima jenis kemudahan dan perkhidmatan awam di Malaysia ialah :

1. _______________________________________________________

2. _______________________________________________________

3. _______________________________________________________

4. _______________________________________________________

5. _______________________________________________________








Pengenalan:

Pencapaian objektif menjadi keutamaanku bagi kelas tersebut. Walaupun masa yang singkat bagi pengajaran Kajian Tempatan bagi kelas 4 Hijau lantaran kelas bermula selepas waktu rehat dan murid-murid mengambil masa yang lebih sebelum masuk ke kelas. Masa pengajaran hanya tinggal cuma 15 hingga 20 minit sahaja. Namun begitu aku cuba juga untuk membolehkan murid-murid dapat memahami isi pelajaran yang diajar.

Manakala kelas 5 Harmoni merupakan kelas yang tiada masalah bagi diriku untuk mengawal keadaan kelas. Kerana mereka semuanya agak berdisiplin semasa di dalam bilik darjah. Pengajaranku berjalan dengan lancar dan semua aktiviti yang telah aku rangka dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya.
  
1. Masalah

Masalah kali ini adalah berkisar kepada disiplin bilik darjah  di mana murid-murid selalu membuat bising ketika saya sedang melaksanakan sesi p & p di dalam bilik darjah.

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana murid tidak mendengar arahan guru semasa berlangsungnya proses p & p di dalam bilk darjah. Selain itu, masalah ini mungkin juga berpunca dari  p & p  yang saya rancangkan di dalam bilik darjah tidak sesuai dengan minat murid menyebabkan mereka tidak menumpukan perhatian kepada pengajaran saya di dalam kelas. Selain itu faktor persekitaran kelas juga mungkin memainkan peranan dalam mempengaruhi murid-murid seperti keadaan murid yang terlalu ramai di dalam sesebuah bilik darjah menyebabkan murid bertambah bising kerana meraka tidak selesa dengan keadaan kelas yang menjadi sempit dan menggangu proses pembelajaran mereka.

3. Cadangan untuk memperbaiki

Terdapat beberapa cadangan boleh dilaksanakan untuk memperbaiki masalah yang wujud iaitu:
a. Strategi p & p akan saya rangka sejajar dengan minat dan kebolehan murid di dalam sesebuah bilik
    darjah.
b. Saya juga akan lebih tegas dengan murid-murid semasa proses p & p berjalan.
c. Saya juga akan merangka aktiviti pengajaran harian yang lebih menarik agar dapat menarik minat murid
    murid  belajar dan terus seronok mengikuti sesi p & p sehingga ke akhir pembelajaran.
d. Saya juga akan memberikan lembaran kerja yang sesuai dengan tahap kebolehan setiap murid agar 
    mereka tidak membuat bising ketika di dalam bilik darjah.

4. Tempoh masa

Saya akan berusaha mengatasi masalah ini secepat yang mungkin. Hal ini penting kerana ia akan menentukan kelancaran proses P & P saya pada minggu-minggu yang seterusnya.

5. Penilaian kejayaan

Saya telah berjaya mengawal tingkah laku murid-murid di dalam bilik darjah dan juga melaksanakan aktiviti p & p dengan lebih menarik minat murid-murid  dari sebelumnya.

6. Tindakan susulan
Saya akan cuba mengatasi segala masalah saya dengan bersungguh-sungguh. Di mana saya akan cuba mencari maklumat-maklumat untuk mendapatkan idea yang menarik dalam merancang aktiviti di dalam bilik darjah agar pengajaran saya akan jadi lebih menarik lagi. Di harapkan saya akan berjaya mengatasi masalah ini.

No comments:

Post a Comment